Aloe Vera Soothing Gel (300ml)



Aloe Vera Soothing Gel (300ml)
RM33.00
*Caj pos RM6 SM / RM10 SS

Aloe vera adalah sejenis tumbuhan berair yang mempunyai daun yang dipenuh gel. Gel di dalamnya mempunyai banyak manfaat penyembuhan, dan boleh digunakan secara dalaman dan luaran. 

Penggunaan luaran yang paling banyak digunakan adalah untuk melegakan banyak masalah kulit termasuk masalah kulit terbakar oleh sinaran matahari, jerawat, kulit kering, gigitan serangga, kesan regangan, luka, penuaan kulit dan banyak lagi.

Lima Manfaat Penggunaan Aloe Vera Gel Untuk Merawat Kulit:

Sesuai untuk semua jenis kulit, aloe vera gel boleh digunakan walaupun oleh orang-orang yang mempunyai kulit sensitif. Mari kita lihat pada manfaat menggunakan aloe vera gel untuk merawat keadaan kulit.

1. Aloe gel sebagai pelembap -- 
Bagi wanita: Popular digunakan sebagai pelembap oleh wanita yang menggunakan kerap menggunakan make-up. Menggunakannya pada kulit sebelum penggunaan make-up boleh mencegah kulit daripada mengering.

Bagi lelaki: Aloe vera gel boleh digunakan selepas bercukur. Sifat-sifat penyembuhannya boleh merawat luka kecil yang disebabkan oleh bercukur.

2. Aloe gel untuk merawat jerawat.
Gel Aloe vera mempunyai sifat antimikro yang mampu membunuh bakteria dan anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan kulit. Ia membolehkan kulit untuk sembuh dengan cepat dan secara semula jadi. Aloe adalah pelembab tetapi ianya tidak memberikan kulit rasa berminyak, jadi ia sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit berminyak.

3. Aloe vera membantu masalah penuaan kulit.
Bila usia semakin meningkat, semua orang mula bimbang kemunculan garis-garis di muka dan kehilangan keanjalan pada kulit kita. Vitamin C dan E hadir dalam gel aloe untuk membantu mengatasinya secara semulajadi.

4. Mengurangkan masalah stretch mark.
Sama ada disebabkan oleh perubahan berat badan atau mengandung serta melahirkan - ramai daripada kita yang dibelenggu dengan stretch mark hodoh. Tanda-tanda ini muncul disebabkan oleh masalah regangan di lapisan kulit yang secara tiba-tiba dan berlebihan. Aloe gel boleh membantu menyembunyikan stretch mark ini.

5. Merawat kesan terbakar oleh sinaran matahari.
Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan pada kulit dan membantu mengisi semula kelembapan. Apabila kulit terhidrat, maka ia akan pulih lebih cepat daripada kesan terbakar oleh matahari itu.

PM / Whatsapp / WeChat / Telegram 012-6710956 utk pembelian